Ok fine.
Pehh an, siapa kat dunia ne tak pernah menipu? cuba angkat kening? waha~
Ok lah honestly secara jujur yang amat,
Saya pernah menipu . ~ ades.
Tapi yang paling sandik nye kebanyakkan penipuan berlaku pada org yang tersayang. ades~ poyo yang amat~
Dan kes-kes penipuan ne agak malar berlaku dalam diri saya~ ngaaa.
Nehi, nehi ! >.<
Pernah dengar tak tipu sunat? Wujud kah kamu rasa?
*gaya-gaya Detective Conan sambil tenga kasi betul kedudukan spek mata * =,='
* Hukum asal bagi berbohong adalah haram kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.
* Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah (pandangan berbeza-beza). Di kala itu berbohong diharuskan.
* Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi wajib seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya.
* Berbohong juga menjadi harus untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.
Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. Thawban pernah berkata: Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.
So, berbohong ka inda ya lepas ni? haha .
p/s: sorry cinta~