Friday, December 21, 2012

Buat Ayah.



Hidup tanpa ayah.
Kau pernah rasa ? Selagi dia masih ada. Tolong . Tolong jangan buat dia sedih.
Sejauh mana kau melangkah. Membesar. Ketahuilah. Ibubapa juga jauh melangkah : tua .

agak pelik jika seorang yang beragama Kristian tidak pulang merayakan hari kegembiraan mereka.
Crismas day.
Cuma ayahnya pergi bergelar mendiang pada tarikh keramat jatuhnya pada hari raya krismas.
Dan hari-hari krismas nya tak sama macam dulu.
Kau nampak impak besarnya di situ ?

Bersabar dan mari berdoa. Mendoakan supaya kawan aku tabah.
Amin.


Mari. Kenang, hargai usaha jerih seorang ayahanda.
Tutup mata. hayati ;



 ' mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar


dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”

katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum

senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu

berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku

berlari kini

melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati


ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan

ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati

kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti " -FynnJamal 2010


No comments: